Saturday, 10 October 2015
Kantoi!! Patutlah Pecah Panggung,Ini Rupanya Kontroversi Sebenar Disebalik Kejayaan Filem Polis Evo...
Posted By:
Tudung Gula
on 09:06:00
#$FILEM aksi terhebat tahun ini, Polis Evo masih rancak ditayangkan di pawagam. Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang menggandingkan dua bintang tersohor, Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini berjaya meraih kutipan lebih RM8 juta sejak ditayangkan pada 17 September lalu.
Namun di sebalik kejayaan kutipan itu, pelakon utamanya, Shaheizy Sam mendedahkan, dia pernah dikritik apabila tampil berbaju T dengan logo Polis Evo ketika menghadiri majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27), baru-baru ini.
Dan tindakan itu dikatakan tidak menghormati majlis kerana tidak berpakaian formal seperti mana artis lain.
Punya pendirian tersendiri, Sam menegaskan, tindakannya itu dirasakan berbaloi setelah mengetahui sambutan penonton terhadap filem itu amat menggalakkan.
Jelas Sam, dari awal lagi, tujuannya memakai baju T tersebut adalah semata-mata untuk mempromosikan filem tersebut.
"Memang ada beberapa pihak yang menegur saya ketika itu. Tapi sebenarnya itulah salah satu pengorbanan yang saya lakukan di mana orang ramai tidak nampak. Mereka hanya nampak saya berkorban dari segi fizikal sahaja seperti kuruskan badan.
"Saya sanggup dikatakan tidak menghormati majlis asalkan saya masih yakin dan mahu beri sokongan terhadap filem kita yang masih bagus," katanya ketika ditemui pada majlis prebiu filem Rembat, baru-baru ini.
Kembali bergandingan bersama Zizan menerusi filem terbaharunya itu, Sam juga dilihat serasi di samping Aniu, pelakon tempatan yang cukup terkenal di Taiwan.
"Walaupun itu pertama kali berlakon dengannya (Aniu), namun saya terimanya seperti seorang sahabat yang telah lama kenal.
"Dalam lakonan juga saya tidak mahu memilih bulu. Saya sedia menerima sesiapa sahaja untuk berlakon bersama. Malah, tidak mahu mencipta jurang kerana hanya akan mencacatkan lakonan saya.
“Sebab itu, saya sering dilihat serasi apabila berlakon dengan sesiapa sahaja, baik dengan pelakon wanita ketika membawakan watak sebagai kekasih atau sahabat yang berlainan kaum," katanya.-sinarharian
Inilah Wajah sebenar wanita ditetak bertubi-tubi oleh suami dan rakan didedahkan
Posted By:
Tudung Gula
on 09:05:00
$%Ibu mangsa kes tetak di Taman PD Utama Khamis lalu, menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial kononnya anaknya sudah meninggal dunia.
Dia yang mahu dikenali sebagai Rani berkata, dia terperanjat dan kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan.
“Saya tak tahu kenapa ada yang sanggup reka cerita dan sebar berita palsu itu, sedangkan anak saya sedang dalam proses pemulihan dan kesihatannya bertambah baik.
“Anak saya sudah dua kali jalani pembedahan, dia kini sudah boleh tersenyum dan berbual dengan keluarga dan orang yang datang ziarah.
“Semua orang sepatutnya doakan kesihatan dan kebaikan anak saya, bukannya sebarkan berita palsu, ia hanya menambah kesedihan kami sekeluarga,” katanya.
Dia ditemui di Hospital Port Dickson ketika menerima kunjungan Ketua Wanita Kebangsaan MIC, M Mohana; Ketua Wanita MIC Bahagian Telok Kemang, P Thanaletchumy dan Adun Port Dickson, M Ravi.
Khamis minggu lalu, mangsa M Megala, 24, parah di kepala, tangan dan badan selepas diserang dan ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki.
Kedua-dua suspek termasuk suami mangsa berjaya ditahan polis 30 minit selepas kejadian di Plaza Tol Mambau dan dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban kelmarin.
Seorang lagi suspek kini masih dalam buruan polis.
Sumber: Sinar Harian
CARA MENGETAHUI WANITA SUDAH KELUAR AIR MANI
Posted By:
Tudung Gula
on 09:03:00
CARA MENGETAHUI WANITA SUDAH KELUAR AIR MANI | Ramai suami isteri pada masa kini tidak mengetahui sama ada air mani isteri mereka sudah keluar ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air mani perempuan?
Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air mani isteri telah keluar?
Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan.
Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa mani perempuan.
Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.
Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat.
Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut.
Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehingga ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.
Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani.
Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.
Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was.
Punca Sebenar Pemandu Teksi Yang Menghantar Mangsa Culik Turut DITAHAN Polis
Posted By:
Tudung Gula
on 08:54:00
KAJANG: Polis telah menahan empat suspek yang menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, di sini, pada Jumaat.
Salah seorang suspek itu termasuk pemandu teksi yang membawa pulang mangsa, Li Zhi Yang yang dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Abdul Samah Mat berkata wang tebusan hampir RM300,000 turut dirampas.
Beliau berkata salah seorang empat suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.
“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.
“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.
“Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12.15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.
“Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.
Abdul Samah juga berkata sejumlah RM200,000 telah ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan polis merampas sebuah beg berwarna ungu yang digunakan bapa mangsa bagi mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.
Katanya lagi suspek keempat telah ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta juga dirampas.
“Sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.
“Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.
Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.
“Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.
Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.
Dalam kejadian pada Jumaat, sebuah video rakaman kamera litar tutup (CCTV) berdurasi 73 saat tersebar di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak diculik oleh dua orang lelaki.
Video itu menunjukkan dua lelaki memakai kemeja hitam bercakap dengan ibu kanak-kanak tersebut dipercayai untuk bertanyakan jalan sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba menculik kanak-kanak itu dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian dengan kereta.
Ibu kanak-kanak itu sempat mengejar kedua-dua lelaki tersebut ke kereta sebelum beliau terjatuh.
Beliau kemudian memuat naik gambar anaknya ke akaun Facebooknya, atas nama Cammi Lim Ker Shing, dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.
Lee ditemukan dalam keadaan selamat lapan jam kemudian oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah keluarganya sejurus selepas itu.
Usaha pihak polis ini turut mendapat ucapan tahniah dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya pagi ini.
Polis Siasat Dakwaan Lelaki Temui Bangkai Pesawat MH370 Bersama Rangka Manusia di Selatan Filipina
Posted By:
Tudung Gula
on 08:25:00
KOTA KINABALU: Polis Sabah telah mengesahkan mereka menerima satu laporan tentang penemuan sebuah bangkai pesawat yang mempunyai logo Malaysia di pulau Ubian , selatan kepulauan Filipina.
Laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki yang turut mendakwa bangkai berserta mayat manusia itu ditemui oleh anak saudaranya beberapa hari yang lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan pada hari Sabtu.
“Perkara ini sedang disiasat“, katanya memetik laporan The Star.
Menurut laporan, lelaki berusia 40-an yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu berkata dia, anak saudaranya, beserta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.
Mereka kemudiannya mendekati bangkai itu dimana mereka menjumpai rangka manusia. Mereka juga turut menjumpai rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.
Sebelum meninggalkan tempat kejadian, mereka mengambil satu bendera yang dijumpai bersama bangkai itu.
Lelaki terbabit kemudian memberitahu polis mengenai penemuan bangkai tersebut yang mungkin pesawat MH370 yang dicari-cari selama ini. –Siakapkeli.my
AKHIR ZAMAN! 15 Gambar fesyen paling pelik di Anugerah Planet Muzik 2015 malam tadi
Posted By:
Tudung Gula
on 07:03:00
Penyanyi yang berasal dari Singapura, Taufik Batisah mengungguli malam Anugerah Planet Muzik 2015 yang berlangsung di Suntec, Singapura malam tadi.
Berjaya membawa pulang empat trofi, Taufik berjaya mendominasi kategori Lagu Paling Popular Singapura, Artis Paling Popular Singapura, Ikon Media Sosial dan Lagu Paling Popular menerusi lagu Awak Kat Mane.
Penyanyi Faizal Tahir juga berjaya membawa pulang dua trofi menerusi kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Serantau menerusi lagu Assalamualaikum.
Penyanyi baru Indonesia, Kunto Aji berjaya memenangi dua kategori iaitu Artis Baru Terbaik Lelaki dan Lagu Terbaik Indonesia menerusi lagu Terlalu Lama Sendiri.
Dihoskan oleh Fiza O dari Singapura, Caesar Gunawan dari Indonesia dan Jihan Muse dari Malaysia, Anugerah Planet Muzik 2015 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Ria bermula jam 9.00 malam.
Mari kita semak senarai pemenang Anugerah Planet Muzik 2015 malam tadi:
1. Lagu Paling Popular Singapura
Awak Kat Mane - Taufik Batisah
2. Artis Paling Popular Singapura
Taufik Batisah
3. Artis Baru Terbaik Lelaki
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji
4. Artis Baru Terbaik Wanita
Knock Knock - Elizabeth Tan
5. Kolaborasi Terbaik Lagu
Jangan Cuba Berlari - Sezairi
Komposer / Lirik: Tulus
6. Kolaborasi Terbaik Artis
Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza & Chakra Khan
7. Duo / Kumpulan Terbaik
Kamu Yang Ku Tunggu - Dato' Rossa & Afgan
8. Ikon Media Sosial
Taufik Batisah
9. Artis Paling Popular APM
Fatin Shidqia Lubis
10. Lagu Paling Popular APM
Awak Kat Mane - Taufik Batisah
11. Band Terbaik
Lisa - Iman's League feat. The Lion Story
12. Artis Terbaik Lelaki
Apakah Ini Cinta - Judika
13. Artis Terbaik Wanita
Jatuh Hati - Raisa
14. Anugerah Rentas Plenat
Anggun
15. Lagu Terbaik Singapura
Lisa - Iman's League feat. The Lion Story
16. Lagu Terbaik Malaysia
Assalamualaikum - Faizal Tahir
17. Lagu Terbaik Indonesia
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji
18. Lagu Terbaik Serantau
Assalamualaikum - Faizal Tahir
19. Anugerah Khas Rentas Planet
A Ramlie & The Rhythm Boys
Berjaya membawa pulang empat trofi, Taufik berjaya mendominasi kategori Lagu Paling Popular Singapura, Artis Paling Popular Singapura, Ikon Media Sosial dan Lagu Paling Popular menerusi lagu Awak Kat Mane.
Penyanyi Faizal Tahir juga berjaya membawa pulang dua trofi menerusi kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Serantau menerusi lagu Assalamualaikum.
Penyanyi baru Indonesia, Kunto Aji berjaya memenangi dua kategori iaitu Artis Baru Terbaik Lelaki dan Lagu Terbaik Indonesia menerusi lagu Terlalu Lama Sendiri.
Dihoskan oleh Fiza O dari Singapura, Caesar Gunawan dari Indonesia dan Jihan Muse dari Malaysia, Anugerah Planet Muzik 2015 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Ria bermula jam 9.00 malam.
Mari kita semak senarai pemenang Anugerah Planet Muzik 2015 malam tadi:
1. Lagu Paling Popular Singapura
Awak Kat Mane - Taufik Batisah
2. Artis Paling Popular Singapura
Taufik Batisah
3. Artis Baru Terbaik Lelaki
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji
4. Artis Baru Terbaik Wanita
Knock Knock - Elizabeth Tan
5. Kolaborasi Terbaik Lagu
Jangan Cuba Berlari - Sezairi
Komposer / Lirik: Tulus
6. Kolaborasi Terbaik Artis
Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza & Chakra Khan
7. Duo / Kumpulan Terbaik
Kamu Yang Ku Tunggu - Dato' Rossa & Afgan
8. Ikon Media Sosial
Taufik Batisah
9. Artis Paling Popular APM
Fatin Shidqia Lubis
10. Lagu Paling Popular APM
Awak Kat Mane - Taufik Batisah
11. Band Terbaik
Lisa - Iman's League feat. The Lion Story
12. Artis Terbaik Lelaki
Apakah Ini Cinta - Judika
13. Artis Terbaik Wanita
Jatuh Hati - Raisa
14. Anugerah Rentas Plenat
Anggun
15. Lagu Terbaik Singapura
Lisa - Iman's League feat. The Lion Story
16. Lagu Terbaik Malaysia
Assalamualaikum - Faizal Tahir
17. Lagu Terbaik Indonesia
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji
18. Lagu Terbaik Serantau
Assalamualaikum - Faizal Tahir
19. Anugerah Khas Rentas Planet
A Ramlie & The Rhythm Boys
(Gambar&Video) Rombongan Pengantin Kemalangan, Pengantin Lelaki Dan 3 Orang Yang Lain Terkorban
Posted By:
Tudung Gula
on 04:43:00
BESUT: Sebuah rombongan pengantin yang dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu telah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.
Kemalangan itu menyebabkan pengantin lelaki Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dan tiga yang lain terkorban manakala pengantin perempuan Noraliza, 18, parah selepas tangan dan paha kirinya patah dan kini dirawat Hospital Besut
Tiga penumpang lain yang terkorban ialah ibu pengantin perempuan, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
Menurut sumber, kedua-dua pengantin ini baru diijabkabulkan sekali majlis kenduri di rumah pengantin perempuan yang telah berlangsung semalam, hari ini mereka dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan. - Siakapkeli.my
Subscribe to:
Posts (Atom)


















