Wednesday, 14 October 2015

Awas! Ini Adalah Fakta Mengenai Song Ji Hyo Running Man Yang Anda Akan Sedih!!

Awas! Ini Adalah Fakta Mengenai Song Ji Hyo Running Man Yang Anda Akan Sedih!!|

Tahukah anda siapakah Song Ji Hyo Yang Sebenarnya? Namanya sebagai pelakon mula melonjak naik apabila menjadi teammate kepada rancangan lawak realiti Running Man yang kini boleh dikatakan salah satu program reality show yang melonjak di persada dunia. Bukan itu sahaja, program ini daripada mulanya yang bermodalkan rendah kini dibeli oleh hampir keseluruhan negara termasuk juga Eropah dan kita juga tidak terlepas daripada gelombang lawak Running Man yang memikat hati setiap peringkat umur.



Namun begitu, tahukah anda siapakah Song Ji Hyo yang sebenarnya? Beliau mempunyai personaliti yang sangat menarik dan sangat bersahaja dalam mana-mana penampilan rancangan runningman. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang happy go lucky dan juag seorang yang berwajah natural pada make up nya. Nah, sekali Son Ji Hyo make-up, Suk Jin si Impala pasti akan tersenyum terpaku melihat dirinya. Namun, hakikatnya, pabila ramai yang mengidolakan susuk selebriti ini, tahukah anda Song Ji Hyo juga merupakan salah seorang pelakon wanita ''xxx''? Malahan, adegan filem yang dilakukan untuk bed scene sehingga bulat dia bertelanjan* juga ada.


Antara filem dewasa yang telah beliau belakon adalah Frozen Flower yang mengisahkan tentang kisah kerakyatan dan raja yang mempunyai krisis mengenai tabiat luar tabiee. Bukan itu sahaja, Song Ji Hyo juga membintangi filem dewasa yang berjudul ''Se* Is Zero 2''.


Klik sini ---> 7 Gambar Elizabeth Tan Yang MENGODA..!


Jadi, kepada ibu bapa diluar sana, nasihatilah anak anda diluar sana jika mereka terlalu taksub dengan filem romantik korea kerana tanpa kita sedari, adegan-adegan lucah turut terselit dalam komedinya itu kerana Korea Selatan ibarat sudah hilang seri daripada tradisi dan cara berbudaya mereka,  Mereka juga merupakan Gelombang Utama  yang membawa perubahan kepada anak muda masa kini. Berhiburlah membataskan diri, kajilah siapa yang kita hendak contohi, agar diri kita sentiasa berada dalam landasan yang tidak merosakkan diri. Buka minda, buka hati, kenali diri.


Monyet Ini Dengan Selamba Melondeh Baju Awek Cun Yang Ingin Bergambar Dengannya !!! [5 FOTO]


Gambar ni ditangkap semasa awek ini ingin menangkap gambar dengan monyet jinak. Tiba tiba monyet tu melondehkan baju awek tu dan ternampaklah bu4h d4d4 awek tu.. Gatal benar Monyet tu...  












Tuesday, 13 October 2015

Memalukan.. Gadis Tanpa Segan Silu Bagitau Aib Sendiri..

gambar hiasan

Perlukah diceritakan ?

Aib sendiri ?

Oh..

'Sharing is caring right ?'

Puiiii..






Gambar Gadis Ini Mampu Membuad Lelaki Terliur


Namanya adalah Kratai Tadsika, wanita cantik ini dikenali sebagai model dari 'MAJALAH DEWASA' Bunny Maxim. 

Kehadiran Kratai pada acara penghargaan gadis ters*ksi di Thailand mencuri setiap mata yang melihatnya bahkan ianya menjadi headline tabloid majalah di sana kerana penampilannya yang begitu berani dan S*KSI. 

Bangga diakui sebagai wanita 'TERPANAS' tahun ini di Star Cahaya Awards, sebuah acara tahunan yang mengakui gadis ters*ksi industri hiburan di Thailand. 



Meskipun dia belum pernah meraih penghargaan penting, Kratai Tadsika menduduki tangga teratas dalam senarai 50 perempuan ters*ksi di Thailand, diikuti oleh Usamanee Kwan Vaithayanon.


Sunday, 11 October 2015

7 GAMBAR : Inilah Akibat Menyewakan Rumah Kepada LELAKI BUJANG !!!

7 GAMBAR : Inilah Akibat Menyewakan Rumah Kepada LELAKI BUJANG !!! | Kenapa ramai tuan rumah tidak suka menyewakan rumah mereka kepada pelajar lelaki tetapi memilih untuk menyewakan kepada pelajar wanita. Inilah akibatnya. Berhati-hati bila sewakan rumah pada bujang lelaki….Pastikan rumah tu..masih di panggil “rumah”…Jom kita tengok keadaannnya… via ohsenyum. P/S – Tak semua lelaki bujang camni kan … Ni mungkin hanya kes terpencil.. So jangan nak sentap-sentap sangat ye…










Saturday, 10 October 2015

'Alhamdulillah, Jackie Chan Sudah Menjadi Muslim...' - Izara Binti Saiari

 

Seorang gadis dikesan menyebarkan berita palsu kononnya pelakon, Dato' Jackie Chan, telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Abdullah Chan, di laman sosial 11 jam yang lalu.

Izana Saiari, menyebarkan berita itu dengan memetik sumber dari BBC World.

"Alhamdulillah. Jackie Chan kini sudah menjadi muslim dan bertukar nama kepada Abdullah Chan. Allahuakbar. Gambar ketika pulang mengerjakan haji," katanya memetik sumber dari BBC World.

Kenyataan Izana itu mendapat perkongsian sebanyak 9,220 Share dan 74,625 Like di Facebook.

Malangnya, berita yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali.

Gambar yang dimuat naik oleh gadis berkenaan sebenarnya adalah gambar ketika Jackie Chan melawat Dubai untuk filemnya. Di kesempatan yang ada, beliau juga telah menghadiri sebuah acara perlumbaan unta.

Beliau mengambil keputusan untuk memakai jubah dan serban bagi menghormati tuan rumah. 

Keghairahan menyebarkan maklumat palsu itu telah membuatkan orang ramai percaya. Netizen menegur tindakan gadis tersebut dan menyarankan berita palsu itu dibuang, malangnya sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. 

Netizen dinasihatkan berhati-hati menerima sebarang maklumat dari media sosial yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebaliknya menyelidik dahulu maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya lebih jauh.



#viral : AKHIRNYA TERUNGKAI Ini cerita sebenar tragedi kehilangan 7 murid Orang Asli selama 47 hari yang ramai tidak tahu


#$$Ikuti kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini.

23 Ogos 2015

Tujuh muridOrang AsliSekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Mereka terdiri daripada Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira jam 2.25 pagi.

Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

25 Ogos 2015

Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

1 September 2015

Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

17 September 2015

Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.
Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), RELA dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

28 September 2015

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

7 Oktober 2015

Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

8 Oktober 2015

Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

Sasa Sobrie




9 Oktober 2015

Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

Dua orang kanak-kanakyang terselamat itu dikenali sebagaiNorieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. Foto BHarian Online




Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.
Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun.

Sumber

Laporan Harian Metro hari ini :-

Gua Musang: Dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang 48 hari lalu dan ditemui selamat tengah hari tadi, dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dua mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.

Mayat ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM). Mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu, katanya pada sidang media di HGM di sini, hari ini.

Mazlan berkata, Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.

Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Sehinga ini, tiga yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Mazlan berkata, lokasi penemuan lima mangsa setakat hari ini masih dalam kawasan pencarian pasukan SAR dan murid-murid berkemungkinan menyembunyikan diri ketika pasukan SAR melaksanakan operasi.

Kami difahamkan, mangsa yang masih hidup bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.

Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan, katanya.

Ditanya mengenai penemuan rangka kanak-kanak pada petang semalam, Mazlan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat oleh pasukan patologi daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Terdahulu, suasana sayu dan pilu menyelubungi Pusat Operasi SAR SK Tohoi ketika kedua-dua mangsa dibawa ke pusat berkenaan untuk menerima rawatan awal kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mereka yang dibawa keluar menggunakan pacuan empat roda kemudian dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang ketika tiba di SK Kuala Betis sebelum dihantar ke HGM untuk rawatan susulan.

Suasana di perkarangan Unit Kecemasan HGM sedikit kelam kabut dengan tangisan Rozita Behel, 41, dan anggota keluarga terdekatnya ketika menatap wajah anaknya, Miksudiar buat pertama kali selepas hilang selama 48 hari dalam hutan.

Hanya jeritan saya sayang anak saya, saya sayang anak saya, saya sayang anak saya kedengaran daripada mulutnya sambil disulami tangisan kegembiraan.

Sementara itu, suasana sedih mengiringi apabila Ayel Ajib, 46, dan isterinya, Nora Tegeu, 39, keluar dari Bilik Mayat HGM selepas membuat pengecaman ke atas mayat anaknya, Ika, kira-kira 5.30 petang.

Nora, dalam tangisannya hanya mampu menyebut nama Ika Ayel beberapa kali sambil ditenangkan oleh suaminya serta petugas SAR yang fasih berbahasa Temiar.

Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan mengecam mayat anaknya itu menerusi gelang tangan manik yang dibuat oleh Nora dan dipakai Ika serta pakaian sukan yang dipakai oleh mangsa.

Sumber: lestaridunia


Kanak-Kanak Yang Ditemui Cerita Nasib Rakan-Rakan Yang Lain


Noreen Yaacob, salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka berdua sahaja yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.

Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38,  ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.

Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, "

Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," kata Siti Kasim, peguam kebajikan keluarga.